KELONGGARAN DAN RAHMAT ALLAH SEBELUM MENETAPKAN HARI AKHIR (HARI QIYAMAH)

KELONGGARAN DAN RAHMAT ALLAH SEBELUM MENETAPKAN HARI AKHIR (HARI QIYAMAH)

Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

‏ لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ رَجُلاً مِنِّي أَوْ ‏‏ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِي ‏يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا
‏Maksudnya: Sekiranya tidak berbaki daripada dunia itu melainkan hanya satu hari nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut sehinggalah Dia mengutuskan seorang lelaki pada hari tersebut yang mana lelaki itu dari kalangan aku – atau dari ahli baitku – Namanya berbetulan dengan namaku dan nama bapanya berbetulan dengan nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi dengan penuh adil dan saksama sebagaimana ia (bumi) dahulunya dipenuhi oleh kegelapan dan kezaliman.
Riwayat Abu Dawud (4282)

ALLAH S.W.T DAN MUHAMMAD S.A.W DI DALAM MIMPI MUHAMMAD QASIM BIN ABDUL KARIM
_______________
HARI TERAKHIR SEBELUM KIAMAT (1998)
————————————
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum.

Aku selalu mendapat mimpi-mimpi tentang hari terakhir sebelum kiamat di mana aku mesti menyelesaikan semua tugasanku di hari terakhir tersebut.

Tetapi di dalam mimpi-mimpi itu aku selalu menghadapi beberapa masalah atau aku dikelilingi oleh kesulitan-kesulitan sehingga aku tidak dapat menyelesaikan tugas-tugasku.

Tetapi ternyata Allah s.w.t tidak memulakan kiamat dan dengan rahmat-Nya memberiku masa tambahan di hari berikutnya.

Allah s.w.t berfirman, “Qasim, Aku telah memanjangkan waktu sebelum kiamat. Dan selagi kau belum menyelesaikan tugasmu, Aku tidak akan memulakan kiamat.”

Aku akan menceritakan mimpi pertamaku tentang hari terakhir kiamat. Aku mendapat mimpi ini pada tahun 1998. Dalam mimpi ini, aku sedang berbicara dengan Allah s.w.t di suatu tempat dan Allah s.w.t berada di atas Arsy-Nya.

Allah s.w.t berfirman kepadaku, “Qasim, selesaikan tugasanmu sebelum pukul 6 petang, dan kemudian Aku akan memulakan kiamat.”

Lalu aku berkata, “Baiklah”.
Dan aku terus pulang supaya aku dapat menyelesaikan semua tugasanku kerana waktu yang hanya tinggal sedikit.

Ketika aku berjalan pulang ke rumah, aku melihat ada seorang gadis sedang berjalan. Aku menyukai gadis itu. Aku ingin menikahinya dan mengajaknya pulang ke rumah bersamaku. Aku pun mengikutinya dan lupa bahawa Allah s.w.t akan memulakan kiamat sekitar pukul 6 petang dan aku mesti menyelesaikan semua tugasanku sebelum pukul enam itu.

Aku mula berjalan laju dan mengejarnya supaya dapat mengikutinya tetapi ada ramai sekali orang yang berjalan cepat dan terburu-buru.

Di situ sangat ramai, mereka berdesak-desakan dan banyak sekali halangan sehingga aku tidak dapat berjalan dengan cepat. Kemudian gadis itu berjalan dengan cepat sedangkan aku tidak dapat berjalan dengan kecepatan yang sama.

Gadis itu mula masuk ke lorong-lorong sempit. Aku berusaha sepenuh tenaga untuk mengikut gadis itu tetapi dia hilang dari penglihatanku. Dan aku terus mencarinya di jalanan.

Ketika aku yakin bahawa aku telah kehilangan dia, barulah aku melihat jam tanganku dan menyedari waktu telah menunjukkan pukul 8 malam. Aku pun ketakutan dan menggigil. Aku terduduk sambil memegang kepalaku dan berfikir, “Apa yang telah aku lakukan?

Allah s.w.t telah jelas-jelas memerintahkan bahawa aku mesti menyelesaikan semua tugasanku sebelum pukul 6 petang tapi sekarang sudah pukul 8 malam.

Aku tidak dapat mengejar gadis itu dan aku juga tidak menyelesaikan tugasanku.” Aku mencela diriku sendiri dan berkata, “Allah hanya memberi kita satu kesempatan dan aku telah mensia-siakan kesempatan itu. Dan masa yang telah berlalu juga tidak mungkin akan kembali.”

Kemudian tiba-tiba aku berkata, “Tidak, Allah s.w.t juga telah berkata bahawa Dia akan memulakan kiamat sekitar pukul 6 petang, sedangkan sekarang sudah pukul 8 malam, lalu kenapa aku masih hidup? Kenapa dunia masih terus berjalan? Dan kenapa Allah s.w.t belum memulakan kiamat?”

Aku pun mula berjalan kembali ke tempat tersebut untuk bertemu Allah s.w.t dan aku diliputi ketakutan yang amat sangat jika Allah s.w.t akan sangat murka kepadaku.

(Aku membayangkan) Dia akan berkata, “Qasim, Aku telah perintahkan kepadamu untuk menyelesaikan tugasanmu sebelum pukul 6 petang, lalu kenapa kau belum menyelesaikannya!!!”

Ketika aku sampai ke tempat itu lagi dan Allah s.w.t berada di atas Arsy-Nya, kemudian aku bertanya kepada Allah s.w.t dengan suara yang penuh rasa takut, “Ya Allah, Engkau akan memulakan kiamat sekitar pukul 6 petang, dan sekarang telah pukul 8 malam, lalu mengapa Engkau belum memulakan kiamat?”

Kemudian Allah s.w.t berfirman dengan suara yang sangat halus dan lembut, “Qasim, kamu belum melaporkan kepada-Ku bahawa kamu telah menyelesaikan semua tugasanmu. Itu sebabnya Aku belum memulakan kiamat.”

Setelah mendengar Kemurahan dan Kelembutan Allah s.w.t, hatiku menjadi sangat bahagia.

Allah s.w.t benar-benar Maha Pemurah dan aku telah menyangka yang bukan-bukan.

Kemudian aku menceritakan seluruh kejadian kepada Allah, bahawa aku terjumpa seorang gadis di jalanan dan aku telah membuang semua masaku untuk mengejar gadis itu. Dan aku juga tidak mendapatkan gadis itu.” Allah berfirman, “Tidak apa-apa Qasim. Aku telah memanjangkan waktu sebelum kiamat, kamu pasti sangat penat sekarang, sebaiknya kamu balik dan tidurlah. Lakukan tugasanmu bila-bila kamu mahu dan ketika kamu sudah menyelesaikan seluruh tugasanmu, beritahulah kepadaKu. Selepas itu barulah Aku akan memulakan kiamat.”

Aku menjadi sangat bahagia kerana Allah s.w.t memberiku kesempatan untuk menyelesaikan seluruh tugasanku. Aku mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t dan berkata di dalam hatiku, “Ya Allah, Engkau telah memberikan pertolongan yang sangat besar kepadaku. Setelah ini aku tidak akan meminta pertolongan kepada sesiapa pun kecuali kepada-Mu.”

Aku pun balik ke rumah dan berjanji kepada diriku bahawa aku akan terus balik dan kemudian aku tidur, kemudian bangun pukul 7 pagi, mandi, pakai pakaian baru, dan mula mengerjakan tugasanku.

Salah satu dari tugas itu adalah untuk menghilangkan kegelapan dari seluruh dunia dengan izin Allah. Aku dapat menyelesaikan tugasanku ini sebelum pukul 10 atau 11 pagi, dan kemudian aku berkata kepada diriku bahwa Allah s.w.t akan memulakan kiamat sekitar pukul 6 petang, jadi aku akan datang kepada Allah s.w.t pukul 5 petang untuk melaporkan kepada-Nya bahwa aku telah menyelesaikan tugas-tugasku maka Engkau boleh memulakan kiamat sekarang.

Kemudian pada waktu yang berbaki, aku pergi ke seluruh dunia, makan-makan, dan menikmati waktu ku. Kedamaian dan ketenangan terzahir dimana-mana dan semua orang juga menikmati waktu mereka sendiri. Ketika jam menunjukkan pukul 5 petang maka aku pun pergi bertemu Allah.

Allah berada di atas Arsy-Nya. Aku berkata kepada Allah, “Dengan pertolonganMu aku telah menyelesaikan semua tugasanku sekitar jam 10 atau 11 pagi tadi, tetapi kerana Engkau baru akan memulakan kiamat sekitar pukul 6 petang maka aku fikir aku datang menghadap-Mu pukul lima petang (saja).”

Kemudian Allah s.w.t berfirman, “Baiklah, Qasim. Aku akan memulakan kiamat bila yang Aku mahu.” Kemudian aku berkata, “Ya Allah, Engkau sepatutnya telah memulakan kiamat semalam sekitar pukul 6 petang, namun Engkau tidak jadi melaksanakannya kerana aku. Adakah (itu bermaksud) Engkau telah memanjangkan waktu hidup manusia?”

Kemudian Allah s.w.t berfirman, “Qasim, Aku bukan hanya memanjangkan waktu hidup manusia tapi juga Aku memperbanyakkan rezeki mereka.” Mimpi itu berakhir di sana.

Perkara yang sama terjadi pada diriku di kehidupan sebenar. Pada bulan Oktober 2013, ada satu ketika di mana aku telah mensia-siakan masa ku dan aku menyedari masaku tidak akan pernah kembali lagi.
Kemudian Allah s.w.t memberitahuku dalam mimpi pada bulan Disember 2013, “Qasim, Aku ada beberapa rancangan khas untukmu, sekarang kau rehatlah. Dan setelah itu, Aku akan memberitahumu apa yang mesti dilakukan seterusnya.”

Kemudian di dalam mimpi pada bulan April 2014, Allah s.w.t memerintahkan aku untuk pertama kalinya, “Qasim sebarkan mimpimu ke seluruh dunia, Aku ingin semua orang tahu siapa dirimu.”

Muhammad Qasim’s Divine Dreams


https://muhammadqasimpk.com

#MuhammadQasimDreams
#MimpiMuhammadQasim
#divinedreams
#endtimes

Check Also

Prabowo Dan Prof. Dasco, Kalam Dan Kuasa Membangun Dunia Dengan Indonesia Digdaya

Oleh : Abdullah Amas (Direktur Eksekutif ATUM Institute) Tiap membahas geopolitik dan krisis global, Prabowo …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *